Sunday 3 March 2013

RPH MINGGU 9


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN: B.INGGERIS, GEOGRAFI & P.MORAL

 

MINGGU 9

 

TARIKH
25.02.2013 (ISNIN)
KELAS
2F/2G
MASA
12.50 – 2.00 PM
SUBJEK
PENDIDIKAN MORAL
TAJUK
NILAI-NILAI YANG BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN (Kasih sayang terhadap keluarga)
TUJUAN
Mengetahui cara-cara untuk menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga
BBM
Buku teks
OBJEKTIF P&P
Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat:
a) menjelaskan 3 sebab kepentingan menunjukkan kasih sayang terhadap ahli-ahli keluarga
b) menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh menyemai rasa kasih sayang terhadap keluarga
HASIL P&P
Pelajar tahu mengenai aktiviti atau cara untuk memupuk nilai kasih sayang terhadap keluarga
PENERAPAN NILAI
Nilai kasih sayang terhadap keluarga
AKTIVITI
a) Guru memulakan P&P dengan menyoal pelajar jika mereka mempunyai keluarga yang bahagia. Jika jawapan pelajar ialah ya, guru meminta mereka memberikan ciri-ciri keluarga yang bahagia. Pelajar memberi respon dan guru mendengar.
b) Guru seterusnya membawa perhatian pelajar untuk melihat halaman dalam buku teks yang menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh keluarga yang bahagia. Guru menyoal pelajar jika keluarga mereka pernah melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.
c) Pelajar diminta untuk menyenaraikan aktiviti-aktiviti lain yang boleh mengeratkan lagi perasaan kasih sayang terhadap keluarga. Guru kemudiaannya meminta pelajar menjelaskan dengan memberikan 3 sebab kenapa aktiviti-aktiviti tersebut perlu diamalkan oleh sesebuah keluarga. Guru mendengar jawapan pelajar.
d) Kemudian, guru memberikan 1 soalan kefahaman tentang cara-cara menunjukkan kasih sayang terhadap ibu, bapa, abang atau kakak dan datuk atau nenek.
e) Guru membincangkan 2 daripada 4 sub soalan tersebut dan sebelum kelas ditamatkan, guru meminta pelajar memberikan kata kunci nilai kasih sayang terhadap keluarga.
REFLEKSI
Pelajar didapati mempunyai banyak jawapan kepada soalan berkaitan dengan aktiviti yang boleh dilakukan oleh sebuah keluarga tetapi tidak pasti tentang kepentingan nilai ini selain daripada jawapan iaitu ia boleh mewujudkan hubungan yang mesra. Maka guru memberikan 2 kepentingan yang lain. Pelajar hanya ingat 2 daripada 4 kata kunci nilai ini.

 

 

DATE/DAY
25.02.2013 (MONDAY)
CLASS
3E
TIME
3.25 – 4.35 PM
SUBJECT
ENGLISH
UNIT
Ujian pertama
TOPIC
Sejarah/Bahasa Melayu kertas 2
LEARNING OBJECTIVES
2.25 – 3.40 pm/4.00 – 6.00 pm
LEARNING EMPHASIS
None
INSTRUCTIONAL PROCEDURES
a) No lesson is done on this date as the students are sitting for Ujian Pertama.
b) Teacher collects and distributes test papers while at the same time invigilates in the classroom
REFLECTION
The exam went on well

 

 

TARIKH
25.02.2013 (ISNIN)
KELAS
1H
MASA
5.10-6.20 PM
SUBJEK
GEOGRAFI
TAJUK
Bab 4: Graf
TUJUAN
PBS untuk bab 4
BBM
Buku teks, helaian PBS untuk bab 4
OBJEKTIF P&P
Pada akhir pengajaran, pelajar akan dapat:
a) mengenalpasti graf bar mudah dan graf bar garisan
b) melukis graf bar mudah berpandukan jadual
PENERAPAN NILAI
Nilai berdikari
AKTIVITI
a) Guru mengulangkaji nota ringkas mengenai graf bar mudah dan graf garisan sebelum memulakan PBS untuk bab 4.
b) Kemudian, guru mengedarkan soalan PBS untuk bab 4. Pelajar diberikan masa untuk menjawab 2 soalan. Soalan pertama ialah mengenal pasti graf bar mudah dan graf garisan. Soalan kedua pula ialah melukis graf bar mudah berpandukan data yang diberikan dalam bentuk jadual.
c) Setelah pelajar selesai, guru mengutip kertas jawapan pelajar.
REFLEKSI
Didapati hanya 1 orang pelajar daripada 33 orang yang tidak menguasai band 1 dan 3 ini. Pelajar tersebut akan diuji sekali lagi pada 4/3/2013.

 

 

TARIKH
26.02.2013 (SELASA)
KELAS
2F/2G
MASA
12.50 – 2.00 PM
SUBJEK
PENDIDIKAN MORAL
TAJUK
NILAI-NILAI YANG BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN   (Hormat dan taat kepada anggota keluarga)
TUJUAN
Menghargai jasa ibu dan bapa dalam keluarga
BBM
Buku teks
OBJEKTIF P&P
Pada akhir pembelajaran, para pelajar akan dapat:
a) menyenaraikan cara-cara menghormati ibu dan bapa
HASIL P&P
Mengaplikasikan cara-cara menghormati ibu dan bapa
PENERAPAN NILAI
Nilai Keadilan
AKTIVITI
a) Guru menyoal pelajar sekiranya mereka pernah merasa tidak puas hati dengan tindakan ibu bapa yang menegur atau memberi nasihat kepada mereka. Guru mendengar respon pelajar.
b) Kemudian guru membacakan beberapa situasi yang menunjukkan cara anak-anak melayan ibu dan bapa mereka. Guru meminta pelajar untuk memberi pendapat mereka tentang cara layanan anak-anak dalam situasi yang telah dibacakan tadi.
c) Seterusnya, guru menekan pentingnya amalan menghormati ibu dan bapa. Guru membacakan maksud nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga.
d) Guru membacakan teks pendek dalam buku teks dan memberikan soalan kefahaman untuk dijawab oleh pelajar. Guru memberikan masa selam 15 minit untuk pelajar menjawab soalan dan kemudian jawapan dibincangkan dengan guru.
e) Pada akhir pembelajaran, guru meminta pelajar memberikan maksud nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga.
REFLEKSI
Pelajar boleh memberikan jawapan yang sesuai untuk situasi yang telah dibacakan dan boleh menjawab 3 daripada 4 soalan kefahaman yang diberikan oleh guru.

 

 

DATE/DAY
26.02.2013 (TUESDAY)
CLASS
3B
TIME
5.10 – 6.20 PM
SUBJECT
ENGLISH
UNIT
 
TOPIC
 
LEARNING OBJECTIVES
Ujian pertama
LEARNING EMPHASIS
Geografi
4.45 – 6.00 pm
INSTRUCTIONAL PROCEDURES
a) Teacher invigilates and collects students’ test papers.
b) At the end of the time, students go home.
REFLECTION
The exam went on well.

 

 

DATE/DAY
27.02.2013 (WEDNESDAY)
CLASS
3E
TIME
2.00 – 3.10 PM
SUBJECT
ENGLISH
UNIT
 
TOPIC
 
LEARNING OBJECTIVES
Ujian pertama
LEARNING EMPHASIS
Mathematics 2
3.00 – 4.45 pm
INSTRUCTIONAL PROCEDURES
a) Teacher distributes test papers and invigilates until 4.45pm
b) At the end of this time, the teacher collects students’ answer scripts.
REFLECTION
The exam went on well

 

 

DATE/DAY
28.02.2013 (THURSDAY)
CLASS
3B
TIME
12.50 – 2.00 PM
SUBJECT
ENGLISH
UNIT
 
TOPIC
 
LEARNING OBJECTIVES
Ujian pertama
LEARNING EMPHASIS
Pendidikan Islam 1/Bahasa Cina
2.00 – 4.00 pm
INSTRUCTIONAL PROCEDURES
a) Teacher distributes the test papers and invigilates in the class until 4.00 pm.
REFLECTION
The exam went on well

 

 

TARIKH
28.02.2013 (KHAMIS)
KELAS
1H
MASA
2.00 – 3.10 PM
SUBJEK
GEOGRAFI
TAJUK
Bab 5: Peta
TUJUAN
Mempelajari ciri fizikal dan ciri budaya pada peta
BBM
Buku teks
OBJEKTIF P&P
Pada akhir pengajaran, pelajar akan dapat:
a) memberikan maksud ciri fizikal dan ciri budaya dalam peta lakar
b) mengenali simbol peta lakar
c) mengenalpasti simbol fizikal dan simbol budaya dalam peta lakar
PENERAPAN NILAI
Nilai berdikari
AKTIVITI
a) Sebelum memulakan P&P, guru membawa perhatian pelajar untuk melihat satu peta harta karun. Peta itu ditampal pada papan hitam untuk dilihat oleh pelajar. Pelajar diminta untuk menyatakan jalan yang sesuai untuk sampai ke harta karun tersebut dan ditanya mengenai objek-objek yang mereka akan lihat dalam perjalanan untuk mendapatkan harta karun tersebut.
b) Kemudian, guru menerangkan bahawa pelajaran pada hari itu juga akan berkaitan dengan peta serta objek-objek yang dilukiskan pada sebuah peta lakar dan bukannya seperti peta harta karun tadi.
c) Guru membawa perhatian pelajar untuk melihat muka surat 34 dalam buku teks. Guru menyatakan 3 objektif pelajaran pada hari itu.
d) Guru menerangkan maksud peta dan kepentingan menggunakan simbol untuk mewakili sesuatu objek. Guru akan membacakan teks yang menerangkan bahawa simbol dalam peta boleh dibahagikan kepada dua iaitu ciri fizikal dan ciri budaya. Guru membacakan maksud dua konsep ini dan mengulang maksud ini sambil menyoal pelajar.
e) Seterusnya, guru menerangkan kepada pelajar bahawa simbol terbahagi kepada 4 jenis iatu simbol singkatan, simbol kawasan, simbol garisan dan simbol titik. Guru membacakan penerangan ini berpandukan teks pada muka surat 35.
f) Kemudian, guru menampal satu kertas mahjung yang mengandungi semua 4 jenis simbol ini. Guru menunjukkan satu demi satu simbol-simbol ini dan menyoal pelajar untuk mengenalpasti simbol mana yang merupakan ciri fizikal dan ciri budaya.
g) Sebagai menguji kefahaman pelajar, guru memberikan satu latihan mudah berpandukan peta lakar pada muka surat 41. Pelajar diminta menyenaraikan simbol budaya dan simbol fizikal dengan melukis semula simbol-simbol ini. Latihan ini dibuat dalam buku latihan dan pelajar diberikan masa selama 15 minit untuk menyiapkan latihan ini secara individu. Guru berjalan di sekeliling kelas untuk memantau hasil kerja pelajar.
h) Pada akhir masa itu, guru meminta beberapa orang pelajar untuk tampil ke hadapan untuk melukis simbol-simbol yang betul untuk ciri fizikal dan ciri budaya pada papan hitam.
i) Guru menyemak hasil kerja pelajar. Jika ada yang salah, guru membetulkannya.
j) Selepas itu, guru memberikan satu latihan pengukuhan yang akan disiapkan oleh pelajar sebagai tugasan di rumah. Guru menerangkan langkah kerja untuk latihan itu dan mengingatkan pelajar untuk menghantar buku latihan pada hari Jumaat keesokan hari.
k) Sebelum kelas ditamatkan, guru meminta pelajar untuk menyatakan sekali lagi maksud ciri fizikal dan ciri budaya serta memberikan beberapa contoh ciri fizikal dan ciri budaya.
REFLEKSI
Para pelajar boleh memberikan maksud ciri fizikal dan ciri budaya serta mengenalpasti simbol-simbol yang menunjukkan ciri fizikal dan ciri budaya. Kefahaman pelajar akan diuji dalam bentuk latihan yang telah diberikan dan akan disemak oleh guru.

 

 

DATE/DAY
28.02.2013 (THURSDAY)
CLASS
3E
TIME
4.35 – 5.45 PM
SUBJECT
ENGLISH
UNIT
 
TOPIC
 
LEARNING OBJECTIVES
Ujian pertama
LEARNING EMPHASIS
KHB Pertanian
4.30 – 6.00 pm
INSTRUCTIONAL PROCEDURES
a) Teacher invigilates and collects students’ answer scripts
REFLECTION
The exam went on well.

 

 

DATE/DAY
01.03.2013 (FRIDAY)
CLASS
3B
TIME
2.00 – 3.10 PM
SUBJECT
ENGLISH
UNIT
 
TOPIC
 
LEARNING OBJECTIVES
Ujian pertama
LEARNING EMPHASIS
Science 1
2.30 – 3.30 pm
INSTRUCTIONAL PROCEDURES
a) Teacher distributes test papers to the students and invigilates in the class
REFLECTION
The exam went on well.

 

DATE/DAY
02.03.2013 (SATURDAY)
CLASS
3B
TIME
2.00 – 3.10 PM
SUBJECT
ENGLISH
UNIT
Oral test
TOPIC
Oral test
LEARNING OBJECTIVES
At the end of the lesson, students should be able to:
a) prepare a script for the oral test
LEARNING EMPHASIS
Demonstration
INSTRUCTIONAL PROCEDURES
a) Teacher informs the students how to prepare scripts for the oral test.
b) She gives them a few examples and explains the kind of questions that the teacher will ask.
c) The teacher reminds them to prepare their texts as the test will be done after the first semester break.
REFLECTION
Students have asked how to write the texts for the test. They will show their texts next week to be edited.

No comments:

Post a Comment